AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 6 February 2012

contest : warna hidupku :)

Klik banner untuk sertai.

contest : warna hidupku :) tajuk diberi

Mudah-mudahan adalah rezeki
Gambar ku selit madah bersama ..


Dialam maya kita bertemu
Moga berjumpa di alam realiti
Ikatan persaudaraan bersimpul padu
Semoga kekal lestari abadi

Andai berminat untuk sertai
Jangan malu dan juga segan
Aisyah gembira riangnya pasti
Melihat ramai yang masuk pertandingan

Klik banner andai ingin mencuba
Mudah dan senang peraturan diberi
Patuhi syarat janganlah lupa
Semoga berjaya diriku ini


I-Love-Purple.gif

"Dikatakan jika anda mengelilingi diri anda dengan ungu anda akan memiliki ketenangan fikiran."



(ungu lambang sayang menyayangi)

Sesungguhnya aku memang peminat fanatik warna purple.. terlalu fanatik sehinggakan orang-orang disekeliling aku dan yang kenal dengan aku pun tahu kisah aku ni. Kisah paling terbaru ketika aku nak beli tudung dari seorang kakak dalam kawasan taman perumahan aku ni, jiran yang bertandang di rumah aku ketika itu pun perasan tentang warna kesukaan aku tu.. mana taknya bila aku capai tudung purple cepat-cepat dia sound.. "Cuba cipta perubahan sikit.. ni asyik warna tu je ko pakai".. alamak... bila ler mereka ni nak berhenti bercakap ek..hehe.


Untuk pengetahuan semua, warna ungu ni memang warna favourite aku. Dulu masa zaman persekolahan aku banyak koleksi baju kurung yang berwarna ungu, disebabkan terlalu taksub dengan warna ini maka kawan-kawan seasrama selalu menggelarkan aku dengan gelaran "Girl In Purple". Lantaklah depa nak gelar aku apa pun, janji hati aku bahagia dengan warna kegemaran aku..


Gambar di atas ini diambil ketika di taman bunga. Ketika itu, aku dan keluarga baru pulang dari majlis hari raya salah seorang rakan kami di sini. Tapi disebabkan anak-anak masih belum puas berjalan, maka mereka pun merayu abahnya untuk pergi ke playground. Tapi aku terus memberi cadangan ke tempat lain kerana bagiku amat tidak sesuai ke playground dalam keadaan mereka berbaju kurung. Akhirnya cita-cita aku untuk melihat kecantikan dan keindahan bunga-bungaan tercapai.. anak-anak akur dengan cadangan tersebut tanpa banyak membantah.

Ketika sampai ke taman tersebut, pelbagai jenis bunga aku telah lihat, namun keterujaan aku bertambah apabila melihat bunga yang berwarna ungu ini. Ianya sungguh cantik dan sepadan dengan bajuku ketika itu. Ketika aku memasukkan gambar ini ke dalam facebook, semua orang mengusik aku dengan mengatakan tak tahu mana satu bunga dan mana satu orang..hehe.

Pada tahun lepas aku mempunyai dua pasang baju raya. Kedua-dua baju rayaku adalah berwarna ungu, lihatlah betapa aku terlalu menyukai warna tersebut. Anak-anak juga ku buatkan baju yang banyak dari warna ungu.

Lihatlah pada baju anak-anakku... banyak warna ungu.. nampak lebih comel..


Ini pula baju raya keduaku.. Tudung ini merupakan tudung kesayangan aku, selain senang nak pakai (tak perlu bergosok), ianya adalah berwarna ungu!!! Apabila aku mengenakan warna ungu, aku rasa lebih yakin diri. Suamiku juga turut memuji apabila aku memakai warna ungu, nampak lebih cantik katanya (hehe... aku tak cakap ye, tapi hubby aku yang cakap). Maka tidak salahlah bagi aku memilih warna ungu sebagai warna kegemaranku, sebab boleh buat suami semakin sayang (aminnnnn)



Kahwin sebelah perempuan
Kahwin sebelah lelaki (rumah ibuku)

Ketika adik aku kahwin baru-baru ini juga aku telah mengenakan pakaian berwarna ungu. Punyalah taksub dengan warna ini sehinggakan kedua-dua majlis baik belah perempuan mahupun belah lelaki telah aku pakai baju berwarna purple...hehe. Anak-anak pun pandai komplen "Ibu ni asyik pakai warna ni je"... nak buat macam mana, ibu suka sangat warna ni.. :)

Kemudian di sekolah juga aku selalu mengenakan pakaian berwarna ungu.Anak-anak murid pun sampai perasan, pernah satu ketika anak murid aku boleh dengan selamba sound kat aku "Cikgu ni suka sangat pakai baju purple, kita orang nak sangat tengok cikgu pakai baju warna yang rencam, ni balik-balik purple"..haha, kena lagiiiii..

Ada satu kisah yang menyebabkan aku suka pakai pakaian atau aksesori berwarna ungu ni bila ke sekolah. Alkisahnya ada salah seorang guru seni di sekolahku pernah bagitahuku bahawa muka aku akan naik seri kalau pakai baju warna ungu.. tu yang asyik duk pulun pakai baju purple je bila ke sekolah. Pernah satu hari aku pakai baju warna biru, ketika itu ramai cikgu-cikgu yang tegur aku sama ada aku sakit ke pada hari tu, agaknya warna biru ni tak sesuai dengan muka aku kot.
Lihatlah, ketika keluar beriadah di petang hari bersama keuarga pun aku masih maintain memakai baju berwarna purple. Tu yang aku nampak happy je, sebabnya warna ungu ni membangkitkan mood aku untuk terus ceria dan bergembira. Ketika ini aku di Pantai Beserah mengutip kulit kerang bersama anak-anakku.....:)

ngu warna yang elegan

ikmat apabila mengenakannya
aya yang pasti terserlah
ntuk tampil lebih anggun

Slogan hidupku mengenai warna kesukaanku..

"Purple atau ungu adalah warna yang impresif , pemakainya tampak elegan serta mempunyai tekad yang tinggi dalam mengejar impian di hati. Penggemar warna ungu jarang sekali ragu-ragu dalam memburu cita-cita dan yang dilakukannya adalah yang terbaik ... Insya Allah."







Purple Rain

Artist: LeAnn Rimes
I never meant to cause you any sorrow
I never meant to cause you any pain
I only wanted to one time see you laughing
I only wanted to see you laughing in the Purple Rain
Purple Rain Purple Rain
Purple Rain Purple Rain
Purple Rain Purple Rain
I only wanted to see you bathing in the Purple Rain
I never wanted to be your weekend lover
I only wanted to be some kind of friend
Baby I could never steal you from another
It's such a shame our friendship had to end
Purple Rain Purple Rain
Purple Rain Purple Rain
Purple Rain Purple Rain
I only wanted to see you underneath the Purple Rain
Honey I know, I know, I know times are changing
It's time we all reach out for something new
That means you to
You say you want a leader
But you can't seem to make up your mind
I think you better close it
And let me guide you to the Purple Rain
Purple Rain Purple Rain
Purple Rain Purple Rain
If you know what I'm singing about up here
C'mon raise your hand
Purple Rain Purple Rain
I only want to see you,
only want to see you
In the Purple Rain

















Punya kereta yang mewah dan bergaya
Warna ungu sudah pastinya
Pasti tidurku tersenyum sentiasa
Mimpi kini realiti jadinya

Berada di taman yang penuh bunga-bungaan
Warna ungu penyeri laman
Pasti tenang dan nyaman pandangan
Dikelilingi warna yang menjadi pujaan






Kini impianku menjadi kenyataan, berada di dalam lautan bunga-bunga berwarna ungu yang indah dan harum.. seharum bunga lavender ini. Sungguh mempesonakan bagi mata yang melihat, dan keharumannya memikat sukma naluri kewanitaan.


Tag:
http://greennnpandacontest.blogspot.com
http://sukahati-fieda.blogspot.com/
http://keyphochee.blogspot.com/


No comments:

My Blog List